Mar 28, 2011

Warisan: Jom Join Makyong

salam.. hallo sume.. hope korang heppi2 la ye.. hehehe... jap2.. nak tanye.. korang penah dengar tak Makyong? errr.. kalau budak kelantan, kaw ckp kaw tak tau makyong, ak tampo laju2 nanti!! hahaahha.. Makyong ni secara ringkas nye Drama tari Mak Yong ini satu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.


nak tau secara jelas, rajin-rajin la bukak you tube,..aku nak terang kat sini panjang lebar, ak tak la pandai sangat pasal makyong ni.. huhuh.. tapi kat sini, aku nak share something ngan korang.. terutamanya mereka yang duk dekat dekat areak KL ni.. and kepada sesiapa yang meminati seni makyong ni, ade satu berita baik tau.. satu-satunya pak yong kat malaysia ni iaitu Rosnan rahman ade buat class makyong ni... haaaa.. amacam?? menarik tak? menarik bukan? ahahahaha



KELAS MAKYUNG DI BAWAH BIMBINGAN PRIMADONA MAKYUNG, FATIMAH ABDULLAH DAN ROSNAN RAHMAN, KEPADA YANG BERMINAT (DEWASA DAN KANAK-KANAK ) SILA MENDAFTAR DENGAN SEGERA...PENGAMBILAN ADALAH TERHAD...UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI JAY JAZUIL ENTERTAINMENT STUDIO: 0174550686 @ 0192669843

PENDAFTARAN : RM20
DEWASA : RM130 SEBULAN
KANAK-KANAK : RM100 SEBULAN

KELAS PERTAMA BERMULA:-
SABTU,11 AM - 1PM, 5 MAC = KANAK-KANAK.
AHAD, 11 AM - 1 PM, 6 MAC = DEWASA.

KURSUS SELAMA 3 BULAN IAITU SEBANYAK 12 KALI (2 JAM SEMINGGU). PESERTA AKAN MENERIMA SIJIL PENYERTAAN DAN BERPELUANG MENGADAKAN PERSEMBAHAN MAKYUNG BERSAMA ROSNAN RAHMAN IAITU SATU-SATUNYA PAKYUNG LELAKI DI MALAYSIA..


haa..amacam? berminat kah? aku pon join.. ahad aritu my first class.. secara jujurnya, sangat seronok kot masuk class ni.. walaupon makyon ni susah sket.. hehehe...bole tahan la penatnye.. tapi tu la cabarannye! lagi satu, cikgu ynag ngaja makyong ni, jgn risau..sporting abes! seronok gile blaja.. kalau korang berminat, call je no kat atas tu.. tak pon, contact je kau.. hehehe..




ni pic yang di snap masa class..*credit tu abg jay..









7 comments:

  1. makyung tu...

    bgs2..

    ada penerus warisan...

    =_=

    ReplyDelete
  2. fuhyoh fiq..kelas makyung tu..kalau ada gathering buleh r perform..hehe

    ReplyDelete
  3. Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

    Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

    Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

    Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

    ReplyDelete
  4. mcm mn nk sertai yer??? n kat mn studio tuu???

    ReplyDelete